Apabila berlaku sesuatu yang luar biasa di premis, jangan terlalu mudah untuk mengaitkannya dengan perkara ghaib.

Perubahan suasana, masalah pekerja, kerosakan peralatan, bunyi pelik, bau kurang menyenangkan, tekanan kerja, faktor persekitaran dan pelbagai perkara lain juga boleh menjadi penyebab.

Oleh itu, kami mengutamakan pendekatan yang:-

Tidak menakutkan.
Tidak membuat dakwaan terburu-buru.
Tidak menjanjikan perkara yang tidak boleh dipastikan.
Menggalakkan ikhtiar daripada pelbagai sudut apabila diperlukan.

Jika terdapat masalah teknikal, keselamatan, kesihatan atau psikologi, pihak yang mempunyai kepakaran berkaitan wajar turut dirujuk.

© 2026 RawatanPremis.Com | Semua Hak Cipta Terpelihara